Wednesday, September 27, 2006

Apa itu Malam 7 Likur dan Malam Lailatul Kadar?



Baru saja aku habis bersahur..Maklumlah hari ini dah masuk hari ke 4 kita bersahur pada bulan Ramadan. Alhamdulillah, masih panjang umur dan dimurahkan rezeki sepanjang kita hidup di dunia ini. Masih ada masa lagi untuk kita terus berbakti dan mencurah jasa kepada bumi yg dah tak seberapa hijau ini..

Susah nak dinafikan bahawa bulan ini memang bulan yang penuh dugaan. Bulan ini juga mengajar kita banyak erti kehidupan dan juga mengajar kita pengalaman. Tak kiralah pengalaman baru atau lama. Yang pasti pasti ada pengalaman yg terukir di bulan yg mulia ini. Cuma nantikanlah kehadirannya..

Ya. Selalu kita dengar tentang malam tujuh likur..atau keistimewaan tujuh malam yang terakhir. Aku pun sebenarnya tak berapa pasti. Harap dapat ada yg memberi penjelasan tentang perkara itu dalam blog ini. Aku pun kurang pasti dan mungkin kurang juga pasti. Aku lebih jelas, aku tidak berapa mengetahui bab ini. Nak kata jahil tidaklah hingga sebegitu. Cuma aku tahu apa yg aku diberitahu..

Malam lailatul kadar..pastinya malam yg ditunggu2 setiap kali munculnya bulan Ramadan ini. PAsti. Ianya sangat2 ditunggu oleh semua umat Islam. Tapi kita tidak tahu bilakah hadirnya malam tersebut. hari ke berapakah malam yang dinantikan itu? Cuba teka bila? Ada yang mengatakan tujuh hari terakhir. Ada juga yang mengatakan hari terakhir dalam bulan ramadan. Ada juga yg mengatakan tiga hari yang terakhir. Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa malam Lailatul Kadar ini jatuh pada hari ganjil tujuh hari yang terakhir. Dan ada yang kata pula, kita buat sahaja ibadah 30 hari berpuasa itu. Mesti kena salah satu harilah punye !! Haa..macam mana? Tepuk dada , dada korang yang sakit..

Aku diberitahu semasa kecil dahulu. Pergilah terawih di masjid. Aku juga selalu dipesan oleh mak aku, rajin2 lah pergi surau. Jemaah. Aku juga diajar, pergilah terawih tak kira dimana aku berada. Aku akur..aku insan lemah. Kadang2 aku terlepas juga akan perkara yg menjadi sunnat yg dituntut untuk melakukannya. Mengapa begini? Ya, mungkin kesan iman..mungkin terkesan dengan perkara2 yg pernah aku lakukan seblum ini. Maka, apakah obatnya ?
p/s : Ubat untuk mengantuk, kita tidur. Ubat untuk demam, makan panadol. Ubat untuk pergi terawih jemaah ??

Saturday, September 23, 2006

Ramadan Kembali 2006

Apa kabar hari ini Pembaca Tekazodiak? Ada sihat? MAcam mana? BUkankah esok kita akan memulakan satu perkara baru dan semestinya ianya satu rahmat bagi kita. Buat pengetahuan semua, esok merupakan hari pertama umat Islam seluruh dunia, khususnya di Malaysia akan menjalankan ibadat puasa selama sebulan pada bulan Ramadan. Pastinya ramai yang tidak sabar menunggu kehadiaran bulan yg penuh dengan kemanisan dan kerahmatan ini..

Kebiasanya pada bulan ramadan, pada belah siangnya, bagi yang bekerja akan bekerja sepeti biasalah. Mana tidaknya, kerja itu penting. Kerja itu wajib bagi umat Islam. Islam tidak mendidik umatnya malas dan melakukan perbuatan yang sia-sia. So, do your job honestly and happily. Sebenarnya, aku tidak mahu bercakap dengan lebih panjang hal ini. Anda semua maklum tentang perkara ini kan. Kalau orang putih baca blog ini pun, bukan depa faham pun bahasa melayu ini melainkan, mereka yang belajar bahasa melayulah..

Sebelum itu, korang tahu tak? Berpuasa pada bulan Ramadan itu merupakan perkara wajib bagi umat Islam? Dan pastinya berpuasa itu merupakan salah satu daripada rukun Islam. INgatkah anda apa itu rukun Islam ? dan ada berapakah RUkun Islam itu? Kalau orang Islam, mesti tahu jawab. Maka, aku tanya korang satu soalan mudah. Ada berapa Rukun Islam dan Rukun Iman ?

p/s :
Aku harap sangat ada orang yang dapat jawab soalan ini..korang bagi jawapan kat bahagian comment ye..

p/s : Berita harian 23 September 2006- Amalan Sahur bawa Berkat

Thursday, September 21, 2006

The death of Adsense @ Tdoa

Em..heehe. Apa sengeh2 cam kerang busuk tu..Maaf hari ini aku agak hepi sedikit. Maklumlah. Sedikit masalah dah selesai. Em. Kali ini aku nak gi luar topik jugak. Hari ini kita akan review satu web yang kiranya hot la jugak. Pernah dengar thedeathofadsense ? atau pun tdoa?

Ok. Sebenarnya web ini merupakan satu web affiliate atau juga dikenali sebagai satu program affiliate. Tahukah apa itu tdoa? Tdoa merupakan satu ebook yang menceritakan tentang apa yang berlaku jika adsense bukan lagi sebagai sumber pendapatan kita. Sebagai usahawan internet pasti mengetahui apa yang aku cuba sampaikan. Korang tahu kan? Takpe, kita terangkan pada mereka yang tidak tahu. Ebook ini juga menerangkan tentang beberapa alternatif selain Program Google Adsense. Dan pada hari ini juga telah mula dilancarkan "Laa".

Apa pula "Laa" ni ?
Pasti ada yang terfikir bukan-bukan. Tadi Tdoa. Sekarang Laa. Macam nama budak2 darjah satu je. Jangan keliru. Laa singkatan daripada Life After Adsense. INi jugasatu ebook. Ebook ini pula merupakan kesinambungan daripada the death of Adsense. Faham sekarang kan?

Ok. Apa yang kita nak buat sekarang. Anda boleh download ebook ini dengan percuma. Sila klik di sini : Download Percuma The Death of Adsense dan Life after Adsense

p/s : NAnti dulu. Sebelum itu, korang juga akan diberi Us0.50 selepas korang download ebook ini. Hebat bukan ? Inilah kekuatan program affiliate. Jika kita promosi, kita juga akan dapat komisen dari ebook yang didownload ini.

p/s/s : Terpulang pada yg membaca. Aku tak paksa korang download. tapi kalau korang download, of course aku dapat komisen tu. Tapi kalau korang tak download, sampai bila pun korang tak dapat baca ebook tu. Nasihat aku, download lah. baca dan fahamkan..Tak rugi pun..Nak duit lebih, korang promosilah..



Klik banner ini untuk download..

Wednesday, September 20, 2006

Secret of Tekazodiak

Ok. Post ini cuma selingan sahaja sebelum kita masuk dalam alam fasa kedua tekazodiak. Bila? Aku pun tak tahu bila. Eleh, takkan nak bagitahu. tak thrill la kalau tak bila kan..Tunggu je hujung bulan ini. Kali ini aku akan share 2 website yang aku baru jumpa tadi. Tengah rewang2 surf internet, tetiba dapat website ini. Apa lagi, kita share sesama. Klik kat 2 link di bawah..

Link Pertama : Starware Horoskop
- LInk ini untuk korang download software starware horoskop korang. Korang leh tau apa-apa tentang horoskop korang. Jangan segan malu, download je. Free of Charge !

Link Kedua : KoleksiLirikLagu
- Link ini pula sebenarnya datangnya dari sumbersebuah blog. Yang bagusnya blog ini, dia menyenaraikan senarai2 lirik-lirik terkini. Kalau korang nak dengar radio-radio tempatan macam era, hot fm dan lain-lain, leh gi kat blog ini. Yang bagusnya, banyak info ttg muzik dan lirik dekat situ. Aku selalu lepak kat situ sambil tulis blog ni..

Link ketiga : Test IQ anda di sini
- Link ini pula pula merupakan website yg menyediakan soalan2 untuk menguji IQ anda. Ada dekat lebih 20 soalan. Apa kata korang try pastu letak berapa markah korang dapat kat sini..Nak tak ?

Salah satu daripada perancangan fasa kedua, aku akan lebih banyak menyelitkan link2 yg sesuai untuk korang surf. Dan juga link2 untuk korang download barang2 secara percuma. PERCUMA. So, jangan tunggu lama-lama. Nantikan pada hujung bulan September ini..

p/s : Em..ada banyak lagi bonus-bonus dari tekazodiak. Dan nantikan keluaran ebook dari tekazodiak. Tentang horosskop juga. Yang penting ianya tulisan dari saya. Dan akan keluar dalam bulan Oktober nanti. BIla ? Hehe..macam biasa. Rahsia !!

. : : Secret of Tekazodiak will launch at Oktober 2006 : : .

Tuesday, September 19, 2006

Last Disember


Ok. Hari ini aku sibuk sikit. Maaflah lambat post untuk tekazodiak kali ini. Truely aku betul2 busy sikit. Mana taknya baca komik Hikaru No Go sampai habis. Penat tak usah cakaplah. Sampai tak terkata aku kali ini.. Tak apa, lupakan hal komik tu. Nanti aku selitkan sedikit review tentang komik Hikaru No Go tu. Takpun korang leh gi kat blog ini. Ada cerita pasal komik dan kartun gak. Klik sini

Ok. Ini post terakhir untuk fasa pertama tekazodiak. Ada lagi 2 fasa yg bakal muncul. Harap Korang semua boleh tunggu . Dan ingat, ada hadiah rahsia dari aku untuk post fasa kedua. Nantikan, ada apakah hadiah rahsia itu. Hanya boleh anda dapatkan dari sini sahaja. Tempat lain tak dapat punya. Kenapa? Tunggu jelah nanti..
"Why last Disember?" This is why :

Sangat setia dan pemurah, Bersifat patriotik, Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, Seronok didampingi, Suka bercampur dgn org, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-pura, Cepat marah, Perangai yg berubah-ubah, Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, Benci pada kongkongan, Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.

Macam mana, ada tak kena sikit dengan perangai atau ciri2 korang? Kalau aku, yang aku gelapkan tu ada kena mengena dengan aku sikit..tapi tak tau sejauh mana ianya dapat bertahan..huhu!

p/s : Nantikan hadiah misteri dari tekazodiak sempena berakhirnya fasa pertama.

Monday, September 18, 2006

Review Google Adsense

Baik. Kali ini aku menyimpang keluar sedikit. Ini sedikit review tentang Google Adsense. Mungkin ada yang tidak faham kenapa aku buat post macam ni. Dah takde kaitan langsung dengan theme tekazodiak. Tapi aku nak juga buat. Em..ada sebab tersendiri. Nanti akan diterangkan dalam fasa seterusnya.

Google Adsense is a fat and easy way for website publishers (Google) of all sites to display relevant Google ads on their website's content pages and make money also to earn money. It is because the adse are related to wthat your visitors are looking for no your site or blog. It also matched to the characteristic and interests of the visitors yours content attracts and laslly you finally have a way to both monetize and enhance your content pages.

You know how to manage your adsense web or adsense blog. Futhermore, it's also a way for website or blog publishers to provide google web and site search to their visitors, and to earn more money by dispalying google ads on the search result pages.

The secert of all you must know, not really much people know about adsense and affliate power money. Some else know, buat not much people know how to build website or blog. It's crazy !! or maybe some people call it "moron". So, don't wait and just watching this blog only just you interested. Just do what you think its benefit for you. Yah, adsense is benefit for you..

p/s : Nantikan kemunculan fasa kedua dan ketiga !


Sunday, September 17, 2006

Silat in November Review

Ok..penat sunggu hari ini. Tak sangka aku begitu penat. Tapi aku cuba juga untuk menulis post ini kerana ingin meneruskan usaha blog ini untuk kegembiraan anda semua. Nampaknya tidak sia2 aku terus menulis blog kerana sudah ada yg sudi membacanya. Ya, blog untuk sesiapa membaca atau review tentang contentnya. Tak guna jika kita buat sesuatu hanya untuk tangkap muat tapi lakukan dengan hati ikhlas.Hoho..apa aku merepek ni..

Nak tahu apa peristiwa yang berlaku hari ini? Ya, pada 17 september bersamaan hari Ahad ini tepat pada pukul 9.00 am bertempat di Padang Merdeka, Kota Kinbalu, Sabah telah diadakan Perhimpunan Wajadiri peringkat Sabah sempena hari jadi Tuan Yang Terutama Negeri Sabah. Upacara yang dilakukan pada setiap tahun ini mendapat perhatian dari seluruh warga sabah yg berada berdekatan dengan kawasan kejadian. Berita penuh korang boleh dapat di sini : Berita Penuh Perhimpunan Wajadiri

Seperti yang dijanjikan. Ini ciri2 untuk mereka yang lahir pada bulan November. Ehm..tak lama dah. Tinggal satu post sahaja untuk tamat fasa pertama. Selepas ini kita akan memasuki fasa kedua dalam blog tekazodiak ini. Harap maklum.

Ciri-ciri bulan November :

Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat, teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi pandai bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur, kerja yg dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui, org yg banyak berfikir, daya pentaakulan yg baik, otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain (daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan & melancong, kurang menunjukan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yg luas, bersistematik.

p/s : Sifat2 yg aku boldkan itu ada sedikit ciri2 yg ketara dalam diri aku..hehe. Perasan pulak aku ni..tapi kengkawan aku semua cakap macam tu. Sat aku sopan santun ke? Dah cukup kasar rasanya aku ni..Hoho..Tapi memang aku pendiram, mempunyai daya penaakulan yg baik, terlalu memilih pasangan, sukan dan melancong. Korang macam mana pulak?

p/s/s : Satu lagi review blog yg boleh anda review > Blog Silat Cekak Hanafi

p/s/s/s : Perhatina, fasa pertama kian tamat. Nantikan kemunculan tekazodiak dalam fasa kedua dengan perbezaan yang ketara dari segi content yang lebih merepek dan lebih gila..

p/4s : Tambahan satu lagi review website > CPAWS


Saturday, September 16, 2006

Romantic in October

Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam, tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong org kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik, suka berangan & pandai bercakap, emosi yg kelam kabut, daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar, org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.

Amacam, ada ciri2 kakashi tak? Tak.kakashi lahir bulan Julai kalau tak silap aku. Nanti aku check kat narutocentral.com

Kali ini kebanyakkan ciri-ciri dan personaliti yg ada pada bulan Oktober ini sangat hebat. Romantik, tidak mudah patah semangat, pengasih suka berangan dan boros merupakan ciri-ciri yg menarik perhatian aku kali ini. Kalau korang perasan kan, kebanyakkan ciri tersebut memang betul. Ini terbukti apabila kawan baik aku sendiri lahir pada bulan yg sama.

"Hei, berapa ramai kawan kau yg lahir bulan nih, hah?" tanya kawan aku seorang lagi.

Maklumlah, selalunya ramai member2 aku yg dijadikan contoh dalam blog ini. Habis, takkan nak tanya kat orang tepi jalan kot. Nak tak nak dioranglah jadi mangsa percubaan aku. Nasib koranglah, sape suruh kenal aku kan?

p/s : Dalam 1-31hb oktober, hari ke berapa kamu orang lahir ? Ada tips baik untuk korang..



John September


Sebelum korang semua dapat senarai ciri-ciri mereka yg lahir pada bulan September pagi ini, aku akan berikan satu teka-teki yg mudah. Sape yg pandai jawab, saya berikan hadiah. Nak tak? Tapi sebelum aku berikan soalan tu, ada satu perkara yang menjadi persoalan aku sampai sekarang. Tadi aku borak dengan member aku. Dekat kedai makan. Punyelah macam2 borak sampai tak sedar dah pukul 1.26 pagi. Dah masuk hari sabtu rupenya hari ni.

So, nak dijadikan cerita kawan aku tanya aku satu benda.. kenapa orang melayu suka makan nasi ? Terkedu aku dibuatnya.. So, aku bagila macam2 alasan yg bagus2 tadi yg mana aku rase jawapan tu macam tepat aje..antara jawapan yg aku dah member2 aku bincang tadi :

1. sebab nasi sedap.
2. sebab kita dari kecik dah kena makan nasi, dari bubur nasi sampaila ke nasi hangus, itu jugak
yg melayu suka makan..
3. Nasi is the best makanan ruji in the world
4. sumber karbohidrat penting, pengganti bagi roti..
5. dan sebagainya..

Dan korang tahu apa member aku yg nama dia John ni cakap..nama kawan aku ni Johan. Tapi kitaorang panggil dia John. Tak tahu kenapa, dah dr sejak aku kenal aku panggil dia camtu..

Jawapannya: "Orang Melayu makan nasi sebab dia lapar.."


Ok. Itu soalan dari John. Kawan aku..

So, soalan dari aku : Aku ada sebuah bola. Kaki mana yg akan sepak bola tu ?

Ok. Ini dia ganjaran korang malam ni. Senarai ciri-ciri mereka yg lahir pada bulan September.

Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat, teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi pandai bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur, kerja yg dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui, org yg banyak berfikir, daya pentaakulan yg baik, otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain (daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan & melancong, kurang menunjukan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yg luas, bersistematik.

p/s : Ada ciri2 pada diri korang tak?



Friday, September 15, 2006

Perempuan Ogos Merdeka

Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain, terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi. dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa, cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik , pengasih, penyayang, suka mencari kawan..

Ya..selalu kita kaitkan erti kemerdekaan dengan orang lelaki sahaja kan? Kali ini aku berikan idea kontra pula yg menentang pendapat otak belah kiri aku sendiri. Apa pendapat korang semua tentang perempuan dengan merdeka. Ada banyak pertalian yang unik antara dua benda yang langsung sebenarnya ada kaitan. Mengapa aku berkata demikian?

Baik. Tidak ramai yang kita lihat pejuang kemerdekaan daripada orang perempuan. Rata-ratanya dari golongan lelaki kan? Tak Percaya? Lihatlah, Tunku Abdul Rahma, Tun Abdul Razak, Tun Hussein On dan Tun Mahadir Mohamad. Semuanya tokoh bersejarah yang berkaliber. Tapi percaya atau tidak, siapa pendorong dan pembekal tenaga kepada mereka. Ya, itulah insan yang bergelar perempuan. Jangan nafikan kekuatan perempuan di mata dunia. Akuilah bahawa tangan yang membuai buaian anak kecil ini mampu mengoncangkan dunia.

Pada masa yang sama, sempena kemerdekaan yang ke 49 ni, aku ingin mengucapkan selamat hari kebangsaan kepada Malaysia, tanah airku. Tempat tumpahnya darahku..Happy Nation Day, Malaysie..

p/s : post ini telah diedit untuk kali kedua..hehe!

Wednesday, September 13, 2006

Raja Leo Menangis..

Baik. Sebagai jasa korang semua menunggu, ini dia senarai personaliti atau perangai mereka-mereka yang lahir pada bulan Julai..

Sangat seronok didampingi, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang. Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan, Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya, Berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, bimbing cara fizikal dan mental, sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yg tajam, suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk dirumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa, emah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kawal tak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulihterlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.

Ya..raja Leo menangis !! Mengapa wahai sang raja? Mengapa dikau menangis? Why you crying my king? Why ? Sejarah menunjukkan banyak pemerintah atau leader di seluruh dunia lahir pada bulan Julai. Contoh terdekat, Julius Ceaser..lahir pada bulan Julai. ( Aku lupa tarikh sebenar. Nanti aku check kamus dewan julai aku)

Tapi mengapa menangis..Kenapa aku kata demikian, ya aku sedih, aku menangis. Kerana kebanyakan diktator dan pemerintah yang rata-ratanya lahir pada bulan Julai ini, kerajaan mereka jatuh di sebabkan oleh tangan perempuan. Jatuh sebab kelembutan perempuan. Kerajaan jatuh sebab cinta perempuan. Betul atau tidak ? Ada yang mengatakan tangan wanita mampu mengoncangkan dunia..Believe it or not ?

Tepuk dada, dada siapa yang sakit ?

P/s : ciri-ciri yang aku boldkan tu, banyak ada pada ciri2 seorang pemimpin..gemuk, tak kawal diet, pendiam dan lain2 lagi. Korang ada tak ciri2 tu ?


Feel dizzy,. I'm sick..

Dalam dua tiga minggu ni, aku demam, maka dimohon kemaafan kerana gagal menulis blog ini. Insya-Allah dalam beberapa jam lagi semua blog akan ada banyak cerita menarik. Termasuklah juga blog tekazodiak ini..Sebanyak 3 plan utama sedang dirangka dan plan pertama berjalan dengan lancar. CUma aku saja yg tak berapa lancar..demam tidak tentu masa..

I'm sick of this problem..fever,fever and forever fever..

Harap2 tidaklah macam tu sekali..ok. Apa bulan seterusnya ? Nantikan Raja Leo menangis..mengapa Raja Leo menangis pula ? Nantikan post yg menarik malam ini. Nantikan sahaja cerita yg semakin tak masuk akal. CUma bermain dengan minda anda. Hope you all happy and feel great today..

I went to kota kinabalu town today. I'm bought some port wire for my streamyx and breacol.. That breacol is good for soothes sore and irritated throats. It also can relieves coughts dan make loosens thick phlegm.. I'm depressed to heal fast..I get the Breacol from Wiser shop with price RM5.70..is it really cheap ? It's ok with me..

Ok..aku nak pergi mandi ni..penat betul. Da sengal mengal badan ni. Naik miang kk tadi..malam ni nak tak nak kena studi..jumaat ada exam..huhu..

Wednesday, September 06, 2006

Jangan bermusuh dengan perempuan Jun

Ok. Hari ini aku akan berikan pula personaliti atau sifat2 mereka yg ada dalam bulan Jun. Mengikut kajian yang dibuat oleh Dato Dr. Fadzilah Kamsahlah. Janganlah pulak hentam aku kalau tak kena atau terasa..
Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap,perangaiidea @ mood, idea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah & cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan,sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, mudah menjadi eksekutif, suka kepada barang yang berjenama, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

Statement ni paling bahaya tu.." sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya " Apa yang korang rasa orang yang lahir bulan June punye perangai. Ada tak yang lahir bulan Jun ? Bolehlah komen sekali kat sini. Jangan malu-malu..Kita kongsi semua tu di sini..


Tuesday, September 05, 2006

Is really May the good month ?

Ok..Kali ni aku beri pula untuk bulan Mei..Baca dan tengok. Ada tak yang kene dengan perangai atau sikap korang semua. Em..memang boros..kawan aku satu bilik nih pun lahir bulan Mei..kuat boros..kuat belanja..kuat belanja awek dia..Pokoknya, dia kuat belanjalah..hehe..aku pun kuat gak belanja..so, nak tak nak aku kena kawal perbelanjaan, income masuk dengan keluar kena selaras..

Kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian. Perasaan yg amat mendalam. Cantik dr segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain dan mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yg tinggi. Permikiran yg tajam. Pandai berdebat. Fizikal yg baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera,seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk dirumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

Sebab aku lahir bulan April

Ok. Seperti yang dijanjikan.Kajian yang dibuat oleh Dr.Fadzilah Kamsah.. personaliti atau perangai dalam bulan April..
Sgt aktif dan dinamik. Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal. Sgt menarik dan pandai manjakan diri. Punya daya mental yg sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org. Sgt berani dan tiada perasaan takut. Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Try control the emotion. Kecenderungan bersifat dendam. Agresif, kelam kabut utk membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yg sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sgt cemburu dan terlalu cemburu.
Em..kawan aku keje jadi peguam..korang tau apa ida jawab bila aku tanya kenapa pilih peguam sebagai profesion profesional dia??
Kawan aku kata "Sebab aku lahir bulan April! "
What do you think if you all in my shoe's like that situation??

JUst talk..

Sebentar lagi, aku akan letakkan untuk bulan April..apa sebenarnya ada pada bulan April ?? Macamana leh wujudnya nama April ?? Em..aku tau..nanti aku post sesuatu pada bulan April..harap2 korang suka..la ni aku nak bagi tahu beberapa perkara..mulai bulan oktober nanti..aku akan buat ulasan pasal setiap perangai orang2 atau personaliti orang yg lahir pada bulan tersebut..misal kata skrg bulan september..so, sepanjang bulan akan cerita pasal bulan septemberlah..ok, kan? Tak susah kan?? It's easy right??
I hope u all don't mind. Ok..i want to check my adsense accaunt after tshi..just stop by..some friend said, i must do this in english..why? I can manage my adsense..but i don't think like that..yap..adsense is my top pirority..but i love to type something different..almost people know, talk about adsense, paypal, money, how to get fast money..so, i think this is also the good part to find money..but it is a slow money..am i right??

Monday, September 04, 2006

Lelaki Mac

Ok..seterusnya. Bulan Mac punya. Bagi yang lahir pada bulan Mac, anda boleh lihat sedikit sebanyak yang Dr. Fadzilah Kamsah wat studycase nih. Mungkin ada yg kena mengena dengan korang..mungkin ada yg betul..mungkin gak ada yg tak betul. Just find it yourself..

Berpersonaliti yg menarik dan menawan serta mudah didampingi. Sgt pemalu dan pemendam rasa. Sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sgt peka kepada orang lain. Sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu balas budi dan tahu kenang budi. Pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam. Kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan - angan. Suka melancong. Sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dgn hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan
kepada benda yang istimewa dan baik. Jgn terlalu moody.
Ok..lelaki Mac : Jangan terlalu moody..

29 February

Ok..kali ini aku letakkan untuk bulan Februari pula. Biasalah kena ikut turutan. Takkan nak main loncat-loncat..Baik.Ini hadiah kali ini..rasa2 siapa yang lahir bulan Februari..

Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang reality dan abstrak. Inteligent, bijak dan genius. Berpersonaliti yg mudah berubah. Mudah menawan org lain. Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pd segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yg lasak. Emosinya mudah terluka dan sgt sensitif. Mudah mempamirkan marahnya. Tidak suka benda yg remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yg tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yg bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pd benda yg tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. belajar untuk mempamirkan emosi.

Ramai kawan-kawan aku lahir bulan ni..ada sorang tu pulak..lahir 29 Feb.. korang leh bayangkan tak? Maksudnya 4 tahun sekali baru dia sambut hari jadi dia..adeh..kesian dia..

Ada sorang kawan aku.Dia ni keras hati sikit..bila kami orang borak dengan dia..selalu lawan cakap..tak sependapat langsung..pendek kata macam nak cari gaduh jelah..aku pun tak tau nak cerita camna perangai member aku sorang nih..tapi yg aku respect dia nih..dia tak suka bende remeh temeh..ada matlamat yg kuat..lagi satu dia punye deduction..tepat betul.Mungkin leh jadi inspektor polis nih barangkali..


Januari

Januari
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius.Suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.Rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan. Suka smart, kemas dan teratur. Bersifat sensitif , berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati org lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya. Cukup sayang pd kanak-kanak. Suka duduk rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran sosial. Cukup cemburu yg sangat tinggi.
Nampak? Sebenarnya yang di atas ini cuma rujukan yang aku ambil dari kajian Dr. Fadzilah Kamsah..Kenalkan sape dia tu? Penceramah yang tidak asing lagi di Malaysia.
Di sini juga aku ambil kesempatan untuk melancarkan blog ketiga aku : blog tekazodiak dilancarkan..