Saturday, January 27, 2007

GTR

Ok...apa info yang aku nak share dengan korang malam ni agaknya ye? tak ada idea. Software yang selalu aku gunakan dekat hard disk satu lagi. aku cuma pakai hard disk 40 giga byte nih saja. Sebab kalau aku pakai 2 hardisk..pc aku akan meletup sebab power supply tengah condem teruk sekarang. Nak tak mahu aku pakai se je dlu..

Dan aku sekarang tgh sibuk join GTR punye plan. Yang paid to post tu. Ada dekat 7 forum aku join dan kebanyakkannya menghampiri jumlah pay out yang aku tunggu. Penat taip bukan2 dan jawab soalan dalam forum tu. Macam tak ada maknyanya join program macam tu. Tapi aku rasa aku nak beli script untuk program camtu dan buat dalam bahasa melayu. Mungkin aku leh dapat banyak duit macam tu. Hoho..harap2 gitulah gamaknya. Tapi aku kena set something yang bagus dari website tuh. Kang aku tak dapat bayar, lagi satu hal. Tak ke naya macam tu..

Tak ada untuk malam ini. Aku nak sambung buat kerja aku..untuk blog pasal Mylot. Korang leh check kat sini : petua Mylot dalam bahasa Melayu.

Have a nice dream !!

Wednesday, January 24, 2007

Tak terfikir langsung?

Pernahkah anda terbangun dari tidur dan anda terfikir, hari ini merupakan hari jadi anda? Pernahkah anda terfikir sebegitu dan anda menangis pada pagi itu kerana hari itu merupkan tarikh anda berada di dunia. sedih atau gembirakah anda ketika itu?

Pernahkah anda terfikir bahawa setiap tarikh yang berlalu ini akan membawa kepada satu perubahan dalam hidup kita? Pernahkah anda terfikir bahawa pada suatu hari nanti tarikh2 itu akan menghantui hati kita?

Takutkah anda sekarang jika anda tahu anda akan mati pada 2 minggu akan datang? Ataupun pada 2 hari lagi merupakan hari terakhir anda di dunia ini? Siapakah orang yang anda hendak jumpa dalam masa tempoh 2 hari itu? Mak dan ayah anda? Kekasih atau orang2 tersyang? Sempatkah anda melakukan semua perkara itu? MAsih sempatkah kita menyelitkan wasiat kita..

PS : So..persoalan sekarang. Masih sempatkah atau anda belum terfikir langsung?

Tuesday, January 23, 2007

Pernahkah anda berfikir?

Anda lahir bulan berapa? BIlakah tahun kelahiran andA? Adakah tarikh lahir anda begitu penting buat diri anda? Adakah anda pasti ada orang meraikan hari jadi atau hari penting anda itu? Pastikah anda lahir pada hari itu? Anda ada bukti?
haha..jangan tertanya atau terfikir tentang perkara tersebut. Cuma fikirkan saja beberapa perkara diatas dan anda pasti menyesal jika anda ketahui hakikat sebenar.

Pernahkah anda terfikir bahawa pada suatu hari nanti kita semua akan mati dan tidak akan kembali. Pernahkah kita terfikir mungkinkah kita mempunyai peluang kedua? Wujudkah peluang ke-2 itu? Terfikirkah kita?
Oleh itu..berfikirlah sekarang.
PS : tidak terlambat lagi untuk anda mencintai seseorang sekarang..:)

Sunday, January 21, 2007

Gila Kerja


Ok..tak ada banyak yang hendak aku cakapkan malam ini, yang aku tahu aku perlu menulis sesuatu. Terdapat beberapa masalah yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat ini dan aku rasa ianya mengambil waktu yang agak lama dan sangat lama.

Aku agak bengang malam ini dan aku tak tahu nak cakap macam mana kan? So, aku rasa aku perlu buat sesuatu? apakah yang perlu aku lakukan? Aku rasa aku perlu buat sesuatu. Tetapi aku tak tahu apakah dia..

Dan..aku rasa aku akan buat kerja gila tak lama lagi. Nantikan saje kerja gila aku. Haha..

Wednesday, January 17, 2007

Biarlah aku perhi..

Apa kabar anda hari ini? ceria? adakah anda seorang yang ceria? Jika Ya jawapan anda, pastikan anda gembira bersama orang-orang tersayang. Dan nantikan detik-detik gembira bersama orang tersayang. AKu tahu kau tidak gembira pada hari ini? bukankah begitu?

Dan..aku ingin sampaikan satu berita..aku akan pulang ke pangkuan Banting. Selamat tinggal Kota Kinabalu, Selamat tinggal UMS dan selamat tinggal Sabah. AKu pergi untuk meninggalkan kamu. Mungkin untuk segala-galanya. Mungkin untuk seketika..mungkin juga untuk satu tempoh yang lama. Aku tahu aku perlu pergi.

Baiklah..cukup di sini sahaja dlu. AKu ada kerja yang masih perlu diuruskan dan aku rsa aku hendak pergi makan. TErasa lapar yang amat sangat sekarang dan aku tahu aku terlalu lemah hari ini.Sudah cukup untuk membuatkan aku mengerang kesakitan.

Ok. Assalamualaikum.