Saturday, January 27, 2007

GTR

Ok...apa info yang aku nak share dengan korang malam ni agaknya ye? tak ada idea. Software yang selalu aku gunakan dekat hard disk satu lagi. aku cuma pakai hard disk 40 giga byte nih saja. Sebab kalau aku pakai 2 hardisk..pc aku akan meletup sebab power supply tengah condem teruk sekarang. Nak tak mahu aku pakai se je dlu..

Dan aku sekarang tgh sibuk join GTR punye plan. Yang paid to post tu. Ada dekat 7 forum aku join dan kebanyakkannya menghampiri jumlah pay out yang aku tunggu. Penat taip bukan2 dan jawab soalan dalam forum tu. Macam tak ada maknyanya join program macam tu. Tapi aku rasa aku nak beli script untuk program camtu dan buat dalam bahasa melayu. Mungkin aku leh dapat banyak duit macam tu. Hoho..harap2 gitulah gamaknya. Tapi aku kena set something yang bagus dari website tuh. Kang aku tak dapat bayar, lagi satu hal. Tak ke naya macam tu..

Tak ada untuk malam ini. Aku nak sambung buat kerja aku..untuk blog pasal Mylot. Korang leh check kat sini : petua Mylot dalam bahasa Melayu.

Have a nice dream !!

Wednesday, January 24, 2007

Tak terfikir langsung?

Pernahkah anda terbangun dari tidur dan anda terfikir, hari ini merupakan hari jadi anda? Pernahkah anda terfikir sebegitu dan anda menangis pada pagi itu kerana hari itu merupkan tarikh anda berada di dunia. sedih atau gembirakah anda ketika itu?

Pernahkah anda terfikir bahawa setiap tarikh yang berlalu ini akan membawa kepada satu perubahan dalam hidup kita? Pernahkah anda terfikir bahawa pada suatu hari nanti tarikh2 itu akan menghantui hati kita?

Takutkah anda sekarang jika anda tahu anda akan mati pada 2 minggu akan datang? Ataupun pada 2 hari lagi merupakan hari terakhir anda di dunia ini? Siapakah orang yang anda hendak jumpa dalam masa tempoh 2 hari itu? Mak dan ayah anda? Kekasih atau orang2 tersyang? Sempatkah anda melakukan semua perkara itu? MAsih sempatkah kita menyelitkan wasiat kita..

PS : So..persoalan sekarang. Masih sempatkah atau anda belum terfikir langsung?

Tuesday, January 23, 2007

Pernahkah anda berfikir?

Anda lahir bulan berapa? BIlakah tahun kelahiran andA? Adakah tarikh lahir anda begitu penting buat diri anda? Adakah anda pasti ada orang meraikan hari jadi atau hari penting anda itu? Pastikah anda lahir pada hari itu? Anda ada bukti?
haha..jangan tertanya atau terfikir tentang perkara tersebut. Cuma fikirkan saja beberapa perkara diatas dan anda pasti menyesal jika anda ketahui hakikat sebenar.

Pernahkah anda terfikir bahawa pada suatu hari nanti kita semua akan mati dan tidak akan kembali. Pernahkah kita terfikir mungkinkah kita mempunyai peluang kedua? Wujudkah peluang ke-2 itu? Terfikirkah kita?
Oleh itu..berfikirlah sekarang.
PS : tidak terlambat lagi untuk anda mencintai seseorang sekarang..:)

Sunday, January 21, 2007

Gila Kerja


Ok..tak ada banyak yang hendak aku cakapkan malam ini, yang aku tahu aku perlu menulis sesuatu. Terdapat beberapa masalah yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat ini dan aku rasa ianya mengambil waktu yang agak lama dan sangat lama.

Aku agak bengang malam ini dan aku tak tahu nak cakap macam mana kan? So, aku rasa aku perlu buat sesuatu? apakah yang perlu aku lakukan? Aku rasa aku perlu buat sesuatu. Tetapi aku tak tahu apakah dia..

Dan..aku rasa aku akan buat kerja gila tak lama lagi. Nantikan saje kerja gila aku. Haha..

Wednesday, January 17, 2007

Biarlah aku perhi..

Apa kabar anda hari ini? ceria? adakah anda seorang yang ceria? Jika Ya jawapan anda, pastikan anda gembira bersama orang-orang tersayang. Dan nantikan detik-detik gembira bersama orang tersayang. AKu tahu kau tidak gembira pada hari ini? bukankah begitu?

Dan..aku ingin sampaikan satu berita..aku akan pulang ke pangkuan Banting. Selamat tinggal Kota Kinabalu, Selamat tinggal UMS dan selamat tinggal Sabah. AKu pergi untuk meninggalkan kamu. Mungkin untuk segala-galanya. Mungkin untuk seketika..mungkin juga untuk satu tempoh yang lama. Aku tahu aku perlu pergi.

Baiklah..cukup di sini sahaja dlu. AKu ada kerja yang masih perlu diuruskan dan aku rsa aku hendak pergi makan. TErasa lapar yang amat sangat sekarang dan aku tahu aku terlalu lemah hari ini.Sudah cukup untuk membuatkan aku mengerang kesakitan.

Ok. Assalamualaikum.

Tuesday, January 16, 2007

Lama dah aku tak buat lawak kat sini.

Rasanya dah terlalu lama aku tak buat post kat sini. Projek aku semua tergendala berikutan debit kad aku belum siap dan aku tak dapat memasuki pasaran Adwords lagi. Dan buat masa sekarang aku terjebat dengan bisnes online macam Paid to post dan Paid to search. Hanya dua program ini sahaja yang aku layan. Yang lain aku tak layan sangat. LAgipun mana ada masa nak buat ni semua. Sudahlah aku menerima tempahan website untuk individu dan company buat masa terdekat ini. Dan aku rasa aku masih banyak kerja yang perlu dilakukan sekarnag.

Di samping it, alang-alang aku dah kat sini. Pengumuman tentang penubuhan website baru aku itu tetap akan dijalankan buat waktu terdekat. Aku hanya perlu pengesahan dari debit kad aku saja dan aku boleh menerima segala tindakan untuk semua website dan blog aku. Rasa-rasanya tak salah kan?

OKla..setakat ini sahaja dlu. Aku ada dekat 7 blog lagi yang perlu dikemaskinikan sempena blog2 baru dan website terbaru aku. NAntikan pengeluarannya sekarang..

Tuesday, December 12, 2006

What Antivirus YOu use at your PC and Laptop?


OK...just said, what anvirus you use at your pc or laptop??

In the virus dictionary approach, when the antivirus software examines a file, it refers to a dictionary of known viruses that the authors of the antivirus software have identified. If a piece of code in the file matches any virus identified in the dictionary, then the antivirus software can take one of the following actions:

1. attempt to repair the file by removing the virus itself from the file

2. quarantine the file (such that the file remains inaccessible to other programs and its virus can no longer spread)

3. delete the infected file
To achieve consistent success in the medium and long term, the virus dictionary approach requires periodic (generally online) downloads of updated virus dictionary entries. As civically minded and technically inclined users identify new viruses "in the wild", they can send their infected files to the authors of antivirus software, who then include information about the new viruses in their dictionaries.

Dictionary-based antivirus software typically examines files when the computer's operating system creates, opens, closes or e-mails them. In this way it can detect a known virus immediately upon receipt. Note too that a System Administrator can typically schedule the antivirus software to examine (scan) all files on the computer's hard disk on a regular basis.

Thursday, November 30, 2006

When someone you love, sms you back in the morning?

Em..how do you feel..

HOw your feeling?

Boasted? Shocked? Happy or think a stupid thing?

Just to share opinion with you guys..if that situation happen to you..Just let me know. Share with us your feeling. Hoho..

Em..I'm wake up early today. Nothing to do..Do my invest like always..forum at pelupa.com , forum at jutawan.org...
If you want some cent from E-gold. For Free. Try this make a post at pelupa.com. Free registeration !!

Playing hyip..read mails to earn some money..Generated my autosurf..
IF you want to try free autosurf, just click this. Free registration.

Register Autosurf 1st in Malaysia : Myfreeads
We pay you by reading some email. Free RFegister Boffomail Program

Special gift for you..download free Ebook..klik this : Free Ebook

If someone didn't have already E-gold and Payapal Accaunt. You all can get it from there. Just click this for free register. Don''t be shy-shylah..

Register E-gold : E-gold
Register Paypal : Paypal

Em..ok. Its enough to day. Type Off..Want to take bath.

PS : I'm crying now..

PSS : Try this also. You will earn some free E-gold form this gptr program. Click now!!

PSS: IF you also want free money. Try this. You ger 25 dolar for free in your accaun. Waiting for 2 weeks.. You got another 1 dolar ++ for a free E-gold..Just Free. Try It. Register Online-CApital Investment profit. Click this now !!

Saturday, November 25, 2006

20 saat sat..

Mintak masa untuk 20 saat..

Em..hari ini kami bertiga sahaja yang duduk dirumah. Em..lama agaknya aku tak post kat blog ini. BErterus terang. AKu agak sibuk sikit sekarang untuk menulis blog. Tapi aku cuba juga untuk menulis walaupun aku dah tawar hati untuk berblog sebenarnya. Tapi tak apalah. I'm try my best to post something at tekazodiak blog..

Huhu..budak berdua tadi gi jalan-jalan malam ni. Nampak gaya aku tinggal sorang2 lagi malam ni. Tak tau nak gi mana. so, melepak main internet la jawabnya...

Oklah..aku nak wat air sat..babai!

Assalamualaikum wbt.

Saturday, November 18, 2006

Rasa Sayang..

Em..rasanya dah lama sangat aku tak jengok blog tekazodiak aku nih kalau nak dibandingkan dengan blog2 yg lain...macam dianaktirikan pedulik..sorry ye zodiak..bukan niat aku..tapi aku tengah buntu idea nih..walaupun banyak plan tersusun tapi mungkin blog ini akan menajdi sebahagian projek website aku yg tgh banyak keje tu..xleh publish lagi..banyak keje nk setel dlu..insya-Allah hujung tahun ni siap..dan akan secepat mungkin dipublishkan..

Em..satu lagi sebab, memang aku sedang struggle wat final exam aku..ada last paper isnin minggu depan..ahrap2 dapan jawab dengan berjayanya...dekat 4 tahun aku study..dan detik2 kemerdekaan itu sudah kian hampir...

Hoho...

PS : Akhirnya, hari itu tiba..

Friday, November 03, 2006

Kilang Horoskop Tekazodiak

The best plan was found..

Ini merupakan salah satu plan yg akan aku cuba buat. Setiap minggu aku akan listkan Kilang Horoskop Tekazodiak..Dari mana sumbernya, tak leh bagitahu..sebab ini merupakan kajian aku selama 3 bulan dan juga campuran idea2 dari timur dan barat. Maaf, ebook yg dijanjikan akan ditangguhkan buat sementara waktu. Dan akan digantikan dengan ebook lain. Ebook apa? Aku akan bagitahu dalam masa terdekat nih.

Setiap minggu akan ada satu update tentang Kilang Horoskop Tekazodiak. SO, alert! Aku tak beritahu bila aku update..tapi insya-Allah dalam masa satu minggu..

Tapi bila Kilang Horoskop ini akan dilaunch kan? Dalam masa terdekat sebab aku tengah kemaskinikan data-data yg perlu. Mungkin juga akan termasuk dalam projek website aku nanti..kiranya mega projek juga. BUkan untuk satu tahun, maybe 3-4 tahun. Eceh, mampu ke aku nih..Insya-Allah, Yakin BOLEH !!

PS : Ini salah satu idea yang aku terfikir ketika aku jammed di bandar Kota kinabalu apabila aku balik dari Airport Terminal 2 Airasia..


ATtack !!

Wednesday, November 01, 2006

Feel Bored?

Korang tau tak dari mana datangnya perkataan bosan? Boring, moody, tension, tensen dan yang sama waktu dengannya? Taktau? Em..sebenarnya aku sendiri kurang tahu dan ingin sangat mengetahuinya tentang perkara ini.
Susah nak cakap sebenarnya perkara begini. Benda ini datang tanpa kita duga dan dalam situasi yg berbeza. Kadang-kala kita sedih. Ada perkara yang menyebabkan kita sedih. Sekaligus moood kita hilang hari tu. Kalau masa tu ada kawan bergurau buat lawak bodoh, confirm mengamuk sakan. Silap hari bulan kena kuntau dengan sendeng kat situ jugak. Oleh itu, nasihat aku tengok sikit kiri kanan tu bila nak bergurau..ada yang makan free karang nanti..

Dalam erti kata lain, keadaan ini dikatakan seperti kita berada dalam zon yang kurang selesa. Pendek kata, keadaan itu buatkan kita serba salah dan tak tentu arah. Macam mana situasi itu agaknya? Ehm..mungkin dalam situasi begini seperti :

  1. Korang dituduh mencuri atau merompak..
  2. Korang dituduh curik manga jiran korang
  3. Dituduh bacul..
  4. Kena marah dengan makwe sendiri
  5. korang takde awek..
  6. Mak korang marah korang sebab benda kecik
  7. Awek korang tak call korang satu hari..
  8. Awek korang merajuk nak hanset baru..
  9. Duit korang nak tahap hidung, sampaikan terpakse makan maggi..itupun pau member.
  10. Laptop atau harta kesayangan korang dicurik..
  11. Tak dapat jawab final exam..
  12. Bf korang curang..
  13. Kalah judi..
  14. Kereta atau motor korang kena tarik bank..
  15. BEg tangan kene ragut..
  16. Dan memacam lagilah...
PS : Mesti korang feel macam tu kan? Mustahil korang boleh berlagak cool je..

PSS : Apa perasaan korang bila orang yang paling rapat dengan korang meninggalkan korang?

Monday, October 30, 2006

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum..

Rasanya lama kita tak borak kejap kat tekazodiak ni kan? Macam tak ada berita terbaru. Dulu aku pernah cakap nak letak link untuk korang download ebook percuma itu kan? Em..memang akan aku letak. Tapi tak dapat aku beritahu bila. Biasalah, ada masalah teknikal sedikit. Susah gak nak habaq kat korang. Tapi aku beritahu serba sedikitlah. Antaranya sebab utama, aku sedang sibuk study untuk final exam aku. Ada lagi 4 paper tak habis lagi. Pagi tadi baru je selesai satu paper. ALlhamdulillah..senang gak sebab soalan multiple choice..taktau pun kita leh hentam jawapan dia. Tak ada soalan subjektif atau esei. Lagi satu, aku memang sibuk sikitlah dalam bulan ni dan bulan lepas2 tu. Serius, masalah aku ialah aku sibuk dengan masalah dunia kat luar internet ni. Terpakselah juga aku luangkan masa kat sana. Dah setel barulah aku dapat jengok2 kejap kat blog2 aku dan nantikan yang terbaru..aku sudah beli domain dan hosting aku sendiri..

MEmber2 aku semua gelak, sebab aku beli domain dan hosting baru untuk diri aku sendiri. Siap tanya, " takkan kau baru beli domain kot?" Nak tergelak gak aku dibuatnya. Memanglah, aku memang pernah beli domain dgn hosting, tapi untuk orang lainlah..

Oklah..aku nak tulis blog yg lain plak...
Generated Image

Tuesday, October 17, 2006

Don't Lie, please!!

For my advice today, please don't ever do one lie in your life. If you do even one, trust me, you will do that bad thing again. See, i know anybody in this world, must be in one year, you lie..u lie to your mum, your dad. You lie to another people and do that thing everyday. Trust me, sometimes you happy when u lied to some people. But please trust me another thing, you heart was crying when you do that lying..

When somebody lie..their heart was crying. Maybe you never hear that sound. But , if you concentrate, I confident..You hear that sad sound. Trust me and trust your heart.In this life, heart must be not hurt..If you do that lying again, it will crying every single lying you do..especially to someone you love..

One think about lying people. When someone trying lying to you, see their eyes..If the eyes not moving around when he or she talk to you. He tell the true, but if NOT, trust me, them try to to lie or cheat you..

Please, don't ever lie. I know is hurt to never a lie. But will you try it ?

Try it..try never do a single a lie in one weeks. Something good will be happen in your life..Try it and show me..

Komuniti sastera siber

http://esastera.com

Kredit untuk Team Blogdrive aku..
Blacklistblog.blogdrive.com dan Pendrivekuning.blogdrive.com

Saturday, October 14, 2006

Satu Renugan Satu cabaran

KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI

Nabi Musa
adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

" Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik."

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga"

p/s : Amaacm ada terkesan? AKu baca dekat site canang.com.

p/s/s : Ok. AKu ada hal sikit mahu buat. Jumpa dalam post seterusnya !!

Wednesday, October 11, 2006

Demi Masa..

Ok. AKu mencelah sedikit antara waktu sengang nih. Tetiba rasa nak tulis blog kejap. Tadi aku surfing kat banyak2 site aku terjumpa satu function menarik untuk diletakkan dalam blog tekazodiak ini. Em..clock. Atau dalam bahasa melayunya : JAM.

Fungsinya untuk memberitahu kita masa. Kalau anda tidak tahu waktu sekarang pukul berapa dan anda sendiri tidak ada jam ataupun handset anda kehabisan bateri...jangan malu2 gi kat blog ini untuk tgk skrg pukul berapa. Hehe.. Takda keje kan nak buat camtu. Mustahil korang takde jam kat bilik.

Penambahan ini untuk mencantikkan lagi muka blog ini. Tidak ada niat lain. Kalau nak buat duit menggunakan perkhidmatan clock ini boleh gi kat website dia. Klik sini untuk dapatkan maklumat lanjut. tak rugi guna..korang pun leh try tengok kat gallery dia, ada banyak jenis jam..nak digital, nak analog..nak wallpaper ada jam pun bulih..

Jam tu korang leh tengok kat belah kiri..Mungkin korang tak perasan. CUba Xplore sikit blog ini..Jangan jadi malas pulak..Aii, Melayu sekarang nih..

Sign Zodiak Libra - Part 2


DECAN INSIGHT
Each zodiac sign extends across 30 degree of the Zodiac. These can be further subdivided into three decans of 10 degree each. Therefore, though all those born under a particular sign are classified under the same sign, the decans yield further insight into your total personality.

You belong to the Second Decan of Libra (Oktober 4 - Oktober 13).
Your ruler is Saturn and Uranus. You are an unpredictable but strong person, full of magnetism. You are a great champion of a new order, with striking powers and the ability and insight that you possess take you very far.
LIBRA LOVE MYSTERY
You are one of the great lovers of the Zodiac. Libran is made for love, but frets at the shackles of matrimony and responsibility. You can never live alone and pine for the one you love. Your tremendous charm attracts people around you. This may sometimes create great quarrels and arguments, but you more than hold your own. Your attitude to sex is warm and positive, even willing to innovate and experiment. If carried too far, it can make you unreliable and unstable and your sincerity and intentions can be considered doubtful. Your marriage partner may feel threatened and jealous.

SEXUAL CHARACTERISTICS
Sex plays an important role in the life of every man and woman. It lies at the root of life, and we can never learn to revere life until we know how to understand sex. Indian astrological science attributes certain sexual characteristics to persons according to the sign under which they have been born.

"You are well-balanced individuals, even in matters of sex. You are fond of arts and enjoy the company of opposite sex. You are never rash in matters of love and sex."

AS A FRIEND
You are often quite detached, though not cold. You are excellent company, can be a good friend but don't like to get too involved. Your advice is well-meaning, balanced and always useful even when you don't give your heart. You have finesse and grace, smoothening all human relationships beautifully.

COMPATIBILITY WITH OTHER SIGNS
The following section tells you about your compatibility with other zodiac signs in friendship, business, family or love relationships. The basic foundation will remain unchanged, though mutual aspects between planets will modify the relationship to a certain extent in a positive or a negative way.

p/s : Haa, macam mana ? Ini bahagian kedua dalam zodiak Libra. Harap terhibur.

p/s/s : Pen Off.

Tuesday, October 10, 2006

Sign Zodiak Libra - Part 1


Ok. Seperti yang dijanjikan. Tapi aku mungkir janji sikit. Lambat post. Tertidur aku masa tunggu masa..Hehe !

OK. Sempena bulan Oktober ini aku akan cerita semua tentang Tanda-tanda yg ada pada orang yang lahir pada bulan Oktober. Dalam erti kata lain, dalam bintang zodiak diorang adalah Libra. Korang boleh faham kan? AKu akan beri penerangan sedikit dari apa yg aku faham. Masalahnya aku lahir dalam zodiak Leo. So, aku tak berapa faham sangatlah kalau orang bintang LIbra ni macam mana. Tapi aku cuba juga beri penjelasan yg aku faham..

Tak sukar rasanya. Korang bacalah apa yg ada kat bawah. Kalau ada kene mengena dengan korang, leh la wat comment. Leh gak aku tau percentage pengunjung blog tekazodiak aku ini. SApelah gamaknya yg lahir dlm Libra ini agaknya. Leh la aku senarai pendek kat sini nanti..


ZODIAC SIGN DETAILS
Libra (September 24 - Oktober 23) Born on 09 Oktober 2006 Age not yet one day!

Symbol: The Balance
Ruling Planet: Venus
Air - Cardinal - Positive
Day Forces - Masculine
Growth Phase: Marriage
Secret Motivation: "I Balance"

LIBRA IN A NUTSHELL
The sign of the Judge, the Ambassador

Personality: Diplomatic, charming, easygoing, balanced, indecisive, detached, fair-minded, alert, changeable, artful.

Positive Qualities: Refined and graceful, just and balanced, diplomatic, charming, intelligent, alert.

Negative Qualities: Easygoing, sometimes lazy, indecisive, selfish and changeable, vacillating, detached, insincere.

PERSONALITY AND CHARACTER
The judge, the law. A creative mind. Pride in relationship. In love with love. Powerful friends and social ties. Poised, hesitant, emotionally a tight-rope walker! Indecisive. Glosses over life's ugly sides. The prettiest sign. Compassion or pity for the loser. The easiest way is the best way. Aesthetically inclined. Very dainty, delicate. The restorer of equilibrium. Wants peace at any price. Clinging.


KARMIC MISSION
To lead - in a mental, aggressive, dynamic and idealistic manner.

p/s : Macam mana? Ada terkesan tak dengan apa yg ada dengan diri korang? Come on, be honest key !!

p/s : Bahagian Zodiak Libra ini akan muncul dalam 5 part yg berbeza. Nantikan post yg seterusnya..

Monday, October 09, 2006

Heart broken..


Assalamulaikum wbt..

Apa khabar semua? Apa yg sedang anda lakukan ketika ini? Tengah makan? Korek telinga? Tgh buat kerja? Tgh baca blog ? Atau tengah berfikir tindakan seterusnya? Em..apa2pun biarlah apa yg kita fikir itu bermanfaat untuk kita.

Dlm post ini jugak aku hendak meminta maaf ttg ebook dan hadiah yg dijanjikan. Sepatutnya pada awal Oktober ini akan aku berikan link untuk korang download secara percuma. Namun, aku tak dapat lakukan kerana beberapa masalah. Harap maaf dan maklum. Tak kurang juga yg ada email aku bertanyakan hal ini. Bagus gak. Ada jugak feedback dari korang. Tak adalah aku syok sorang diri kat blog ini...Ok. dalam masa terdekat akan dapat ebook itu. Aku tak dapat wat sekarang, sebab ada hal sikit. Banyak nak kena setup. Adalah jugak dekat seminggu aku tak dapat online kat rumah disebabkan streamyx yg tgh problem kat kawasan rumah aku.

Ok..pembaharuan dalam tekazodiak akan korang dapat kesan dalam beberapa hari akan datang. Banyak perubahan akan berlaku. Just tunggu. Ini saja yg mampu aku beritahu. Takkan nak cerita semua. Tak bestlah jugak kan? Tapi, insya-Allah, pukul 12.00 tengah malam nanti akan ada satu post menarik. Tentang apa? Tunggu saja..(Aii..asyik2 tunggu je..)

Ok. Pen off.

Wednesday, September 27, 2006

Apa itu Malam 7 Likur dan Malam Lailatul Kadar?



Baru saja aku habis bersahur..Maklumlah hari ini dah masuk hari ke 4 kita bersahur pada bulan Ramadan. Alhamdulillah, masih panjang umur dan dimurahkan rezeki sepanjang kita hidup di dunia ini. Masih ada masa lagi untuk kita terus berbakti dan mencurah jasa kepada bumi yg dah tak seberapa hijau ini..

Susah nak dinafikan bahawa bulan ini memang bulan yang penuh dugaan. Bulan ini juga mengajar kita banyak erti kehidupan dan juga mengajar kita pengalaman. Tak kiralah pengalaman baru atau lama. Yang pasti pasti ada pengalaman yg terukir di bulan yg mulia ini. Cuma nantikanlah kehadirannya..

Ya. Selalu kita dengar tentang malam tujuh likur..atau keistimewaan tujuh malam yang terakhir. Aku pun sebenarnya tak berapa pasti. Harap dapat ada yg memberi penjelasan tentang perkara itu dalam blog ini. Aku pun kurang pasti dan mungkin kurang juga pasti. Aku lebih jelas, aku tidak berapa mengetahui bab ini. Nak kata jahil tidaklah hingga sebegitu. Cuma aku tahu apa yg aku diberitahu..

Malam lailatul kadar..pastinya malam yg ditunggu2 setiap kali munculnya bulan Ramadan ini. PAsti. Ianya sangat2 ditunggu oleh semua umat Islam. Tapi kita tidak tahu bilakah hadirnya malam tersebut. hari ke berapakah malam yang dinantikan itu? Cuba teka bila? Ada yang mengatakan tujuh hari terakhir. Ada juga yang mengatakan hari terakhir dalam bulan ramadan. Ada juga yg mengatakan tiga hari yang terakhir. Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa malam Lailatul Kadar ini jatuh pada hari ganjil tujuh hari yang terakhir. Dan ada yang kata pula, kita buat sahaja ibadah 30 hari berpuasa itu. Mesti kena salah satu harilah punye !! Haa..macam mana? Tepuk dada , dada korang yang sakit..

Aku diberitahu semasa kecil dahulu. Pergilah terawih di masjid. Aku juga selalu dipesan oleh mak aku, rajin2 lah pergi surau. Jemaah. Aku juga diajar, pergilah terawih tak kira dimana aku berada. Aku akur..aku insan lemah. Kadang2 aku terlepas juga akan perkara yg menjadi sunnat yg dituntut untuk melakukannya. Mengapa begini? Ya, mungkin kesan iman..mungkin terkesan dengan perkara2 yg pernah aku lakukan seblum ini. Maka, apakah obatnya ?
p/s : Ubat untuk mengantuk, kita tidur. Ubat untuk demam, makan panadol. Ubat untuk pergi terawih jemaah ??