Saturday, September 16, 2006

John September


Sebelum korang semua dapat senarai ciri-ciri mereka yg lahir pada bulan September pagi ini, aku akan berikan satu teka-teki yg mudah. Sape yg pandai jawab, saya berikan hadiah. Nak tak? Tapi sebelum aku berikan soalan tu, ada satu perkara yang menjadi persoalan aku sampai sekarang. Tadi aku borak dengan member aku. Dekat kedai makan. Punyelah macam2 borak sampai tak sedar dah pukul 1.26 pagi. Dah masuk hari sabtu rupenya hari ni.

So, nak dijadikan cerita kawan aku tanya aku satu benda.. kenapa orang melayu suka makan nasi ? Terkedu aku dibuatnya.. So, aku bagila macam2 alasan yg bagus2 tadi yg mana aku rase jawapan tu macam tepat aje..antara jawapan yg aku dah member2 aku bincang tadi :

1. sebab nasi sedap.
2. sebab kita dari kecik dah kena makan nasi, dari bubur nasi sampaila ke nasi hangus, itu jugak
yg melayu suka makan..
3. Nasi is the best makanan ruji in the world
4. sumber karbohidrat penting, pengganti bagi roti..
5. dan sebagainya..

Dan korang tahu apa member aku yg nama dia John ni cakap..nama kawan aku ni Johan. Tapi kitaorang panggil dia John. Tak tahu kenapa, dah dr sejak aku kenal aku panggil dia camtu..

Jawapannya: "Orang Melayu makan nasi sebab dia lapar.."


Ok. Itu soalan dari John. Kawan aku..

So, soalan dari aku : Aku ada sebuah bola. Kaki mana yg akan sepak bola tu ?

Ok. Ini dia ganjaran korang malam ni. Senarai ciri-ciri mereka yg lahir pada bulan September.

Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat, teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi pandai bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur, kerja yg dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui, org yg banyak berfikir, daya pentaakulan yg baik, otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain (daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan & melancong, kurang menunjukan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yg luas, bersistematik.

p/s : Ada ciri2 pada diri korang tak?



1 comment:

SYUHADA said...

KAKI BOLA...