Ya..selalu kita kaitkan erti kemerdekaan dengan orang lelaki sahaja kan? Kali ini aku berikan idea kontra pula yg menentang pendapat otak belah kiri aku sendiri. Apa pendapat korang semua tentang perempuan dengan merdeka. Ada banyak pertalian yang unik antara dua benda yang langsung sebenarnya ada kaitan. Mengapa aku berkata demikian?
Baik. Tidak ramai yang kita lihat pejuang kemerdekaan daripada orang perempuan. Rata-ratanya dari golongan lelaki kan? Tak Percaya? Lihatlah, Tunku Abdul Rahma, Tun Abdul Razak, Tun Hussein On dan Tun Mahadir Mohamad. Semuanya tokoh bersejarah yang berkaliber. Tapi percaya atau tidak, siapa pendorong dan pembekal tenaga kepada mereka. Ya, itulah insan yang bergelar perempuan. Jangan nafikan kekuatan perempuan di mata dunia. Akuilah bahawa tangan yang membuai buaian anak kecil ini mampu mengoncangkan dunia.
Pada masa yang sama, sempena kemerdekaan yang ke 49 ni, aku ingin mengucapkan selamat hari kebangsaan kepada Malaysia, tanah airku. Tempat tumpahnya darahku..Happy Nation Day, Malaysie..
p/s : post ini telah diedit untuk kali kedua..hehe!
No comments:
Post a Comment