Saturday, September 23, 2006

Ramadan Kembali 2006

Apa kabar hari ini Pembaca Tekazodiak? Ada sihat? MAcam mana? BUkankah esok kita akan memulakan satu perkara baru dan semestinya ianya satu rahmat bagi kita. Buat pengetahuan semua, esok merupakan hari pertama umat Islam seluruh dunia, khususnya di Malaysia akan menjalankan ibadat puasa selama sebulan pada bulan Ramadan. Pastinya ramai yang tidak sabar menunggu kehadiaran bulan yg penuh dengan kemanisan dan kerahmatan ini..

Kebiasanya pada bulan ramadan, pada belah siangnya, bagi yang bekerja akan bekerja sepeti biasalah. Mana tidaknya, kerja itu penting. Kerja itu wajib bagi umat Islam. Islam tidak mendidik umatnya malas dan melakukan perbuatan yang sia-sia. So, do your job honestly and happily. Sebenarnya, aku tidak mahu bercakap dengan lebih panjang hal ini. Anda semua maklum tentang perkara ini kan. Kalau orang putih baca blog ini pun, bukan depa faham pun bahasa melayu ini melainkan, mereka yang belajar bahasa melayulah..

Sebelum itu, korang tahu tak? Berpuasa pada bulan Ramadan itu merupakan perkara wajib bagi umat Islam? Dan pastinya berpuasa itu merupakan salah satu daripada rukun Islam. INgatkah anda apa itu rukun Islam ? dan ada berapakah RUkun Islam itu? Kalau orang Islam, mesti tahu jawab. Maka, aku tanya korang satu soalan mudah. Ada berapa Rukun Islam dan Rukun Iman ?

p/s :
Aku harap sangat ada orang yang dapat jawab soalan ini..korang bagi jawapan kat bahagian comment ye..

p/s : Berita harian 23 September 2006- Amalan Sahur bawa Berkat

1 comment:

Unknown said...

The holy month of Ramadan
For all Muslims has begun.
Praising Allah through the day,
From dawn to dusk we fast and pray.
We pay zakah (charity) for those in need,
Trying hard to do good deeds.

When the sun has set, and day is done-
I’ll break this chain, but only one.
By the end of Ramadan,
It’s time for Eid and lots of fun!!!

Slamat Myambut Ramadhan & Take Care